As salam dan salam sejahtera,
Teknik memancing adalah amat penting untuk memastikan anda mendapat hasil yang memuaskan tidak kira sama ada anda memancing di sungai atau di laut dalam.
Dalam Blog ini akan cuba memenuhi kesemua aspek untuk anda bermula sebagai seorang kaki pancing tidak kira anda sebagai amatur atau seorang professional.
Pelbagai cara dan teknik mampu anda gunakan untuk anda pelajari and akan dirangkumkan didalam blog ini bermula dari pemilihan kekili,joran dan peralatan lain sehinggalah teknik menyangkut umpan untuk pancingan di sungai dan laut dalam.
PEMILIHAN KEKILI DAN JORAN
Untuk memulakan langkah sebagai seorang pemancing pemilihan barangan pancing yang hendak dibeli harus diambil kira. Ongkos jugak adalah perlu dititik beratkan berdasarkan kemampuan anda( untuk pembelian oline boleh rujuk :www.arisha.sto.my).
Persoalan sekarang apakah barangan yang diperlukan untuk menjinakkan diri dalam bidang pancing memancing ni..??
KEKILI/REELS
Pemilihan dan pembelian kekili berdasarkan dimanakah tempat anda ingin memulakan minat anda sama ada di kolam,sungai atau laut. dibawah adalah jenis jenis kekili yang terdapat dalam www.arisha.sto.my yang and boleh beli secara online.
JORAN/ FISHING RODS
Pemilihan joran juga amat penting berdasarkan tempat dan kesesuaian. Teknik memancing juga adalah bergantug kepada jenis joran yang digunakan.
PERALATAN LAIN
1. KOTAK PENYIMPANAN BARANG PANCING
dapatkan stok secara pembelian online di www.arisha.sto.my
MATA KAIL
JENIS JENIS MATA KAIL
Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya.
Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.
Lokasi
Jenis ikan.
Kaedah penyediaan perambut Udang
Matakail udang yang ada dipasaran (Gambar cetak
dari KPN), gemar akan matakail jenis "e" kerana bukaan yang lebih pada hujung
matakail. Selain itu, mata pancing jenis ini juga dapat di upload dengan umpan
yang lebih.
Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5
digunakan untuk menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia
mudah digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah dirasai
di hujung pancing.
Penggunaan perambut mata hidup diatas juga telah
dimodified dengan penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk
mata kedalam satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu
set perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini
dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding penggunaan mata
tunggal sahaja
Teknik Memancing Secara Asasnya Disemua Perairan

Casting (teknik mengilat)
adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
Popping
Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
Jigging
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
Bottom fishing – (pancing dasar)
berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari..
apapun faktor2 ini adalah sebagai rujukan dari pengalaman saya dan ilmu yang di kongsi oleh rakan2.
pelung hidup D.I.Y
Jenis Jenis Perambut
Perambut adalah kaedah
atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan
ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan
ketika waktu memancing.
Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya.
Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.
Lokasi
Karang,
Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya
didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan
membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa.
Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang
lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini.
Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan
nya(ikan sisik).
Pengunaan
Ranggung sungguh efektif diaplikasikan, Lagi panjang leader lg bagus..
Teknik pancingan dasar
mengunakan Ranggum. Lazimnya ikan atau sotong hidup digunakan sebagai umpan.
Lihat 2 mata digunakan untuk pengunaan teknik cangkukan umpan seperti diatas.
Teknik pancingan dasar
dengan pengunaan Batu mati dengan mata tunggal.
Penggunaan batu mati dengan mata berganda,
kadangkala dilokasi seperti burma bank, sempadan vietnam, 3,4 mata digunakan
sekaligus.

Teknik cepat menyediakan perambut batu mati,
dengan ikatan drooper loop.
Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau
sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook
leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan
drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap
dilaksanakan.
Biasanya klau pancingan dilaut ia boleh
dimodified sikit sambungan bahagian main leader ke subeader dengan penggunaan
manik dan sambungan hanya menggunakan swivel. Ini bagi memudahkan subleader
mudah berpusing mengikut arah arus laut. Manik tu berfungsi lebih kurang seperti
bearing membenarkan pusingan 360
Swivel digunakan sebagai
penyambung sub leader, mudah dan senang ditanggal apabila penukaran sub leader
hendak dilakukan.
Selain itu subleader juga
mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah. Klau kita dapati
lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2
leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2
strike berlaku serentak.
Contoh Aplikasi perambut
mati dengan sambungan subleader mengunakan swivel.
Umpan hirisan ikan
digunakan
Umpan sotong
digunakan.
Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri,
Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain
selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air. Sekiranya jenis
ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau
flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya
3m atau 3 depa atau lebih.
Contoh perambut batu mati
dengan teknik pancingan "drifting"
Contoh perambut batu hidup dengan teknik
pancingan "drifting"
Teknik cangkukan dan penyediaan leader untuk
teknik floting.
Loop pada circle hook membenarkan umpan
mengerakkan badanya dengan mudah.
Teknik mengenakan mata pada "live bait" agar
bertahan lama.
Diantara set up yang
boleh digunakan untuk teknik apungan dan drifting
Penyediaan loop untuk
membebaskan mata pancing bergerak.
Circle hook yang telah
siap untuk digunakan. lazimnya teknik ini diaplikasikan untuk menangkap ikan
layaran.
Perambut dan setup untuk
menjerat ikan layaran.
Dengan pengunaan Cable
atau wire, teknik ini digunakan sekiranya pemancing berminat memburu ikan
tengiri atau ikan yang mempunyai barisan gigi yang tajam seperti baracuda, shark
dll.
Lagi satu contoh perambut
bagi menjerat monster.
Perambut steel, batu kana
dan spinner digunakan untuk menarik perhatian tengiri dengan kilauan spinner
yang memutar ketika karauan dibuat. Sangat berkesan di Tuas dan Kuching Bagi
pemburuan tengiri.
contoh perambut steel
tanpa spinner, juga digunakan untuk menjerat tengiri.
Contoh lure Bulu itik,
digunakan untuk menjerat tengiri dengan teknik Casting. karauan laju akan
menyebabkan bulu itik ini berenang menyerupai BILIS.
Waktu
Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 50lb - 70lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.
Kejernihan air
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.
Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.
Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 50lb - 70lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.
Kejernihan air
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.
Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.
Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.
Kaedah penyediaan perambut Udang



Teknik Memancing Secara Asasnya Disemua Perairan

Casting (teknik mengilat)
adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
Popping
Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.
Jigging
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
Bottom fishing – (pancing dasar)
berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari..
teknik pelampung(pelampung hidup D.I.Y)
salah satu teknik memancing adalah menggunakan pelampung.. haha.. kat sini sy nak kongsi teknik dan pelampung yang iasa saya gunakan. sebelum tu kemapa guna pelampung?? bagi saya..- kawasan itu kurang sesuai pancingan dasar kerana stuktur dasarnya terdapat banyak kayu ataupun batu.. hahaha.. sangkut selalu..
- ikan yang hendak di pancing lebih gemar makan di permukaan ataupun d pertengahan aras kedalaman air.. yang ni kena ikut jenis iakn yang hendak di pancing
- pengunaan umpan hipup kurang sesuai jika diguna dengan teknik pancingan dasar..
jadi aspek yang penting ialah kesesuaian faktor
sekeliling dan jenis ikan yang hendak dipancing. aspek utama dalam teknik
ampungan ialah kedalaman umpan.. untuk memudahkan kita mengubah kedalaman umpan
dari pelampung.. saya biasanya mengunakan pelampung hidup.. ianya megunakan
teori yang sama seperti batu hidup dalam teknik pancingan dasar.. dengan dua
keebihan yaitu;
- risiko perambut kurang terbelit pada tali utama dapat dikurangkan.
- momentum atau daya sembatan terus pada mata kail - tidak pada pelampung.
kedalaman umpan dari pelampung di pegaruhi beberapa
faktor.
- waktu malam dan siang..
- kawasan berarus atau tidak.
- kekuatan arus.
- banyak mana ikan bermain kat permukaan..
faktor2 inilah yang kita ambil untuk merujuk
dalam mana umpan dari pelampung..spesis ikan yang selalu bermain dipermukaan air
jarang makan di dasar kecuali kawasan teluk cetik ataupun kawsan sungai yang
cetik berarus perlahan. ini adalah merujuk pada spesis yang biasanya makan di
pertegahan aras air ataupun meyambar di permukaan. contoh: belida, kaloi dan
toman.
biasanya pada waktu siang ikan jarang bermain
di permukaan seperti ikan belida dan kaloi. jarak umpan dri pelampung di tambah.
b egitu juga sebaliknya pada waktu malam.
jika arus laju, sebaiknya jarak
umpan dri pelampung di tambah.. ini dapat mengelakan umpan terapung di
permukaan.. ianya di banti juag dengan menambat pemberat pada perambut.
kebiasanannya ikan lebih suka di kawasan beraus.. tempat paling sesuai ialah di
selekoh l diman terdapat kawasan air ber pusing dan tenag. lontaran pada kawasan
ini dapat mengelakan pelampung terus hanyut.. kawsan nin juga lebih sesuai
kerana pelampun dapat dielakkan hanyut ke tebing.apapun faktor2 ini adalah sebagai rujukan dari pengalaman saya dan ilmu yang di kongsi oleh rakan2.
pelung hidup D.I.Y
bahan lain yang boleh diguna selain light stick
batang pen, hos getah diameter kecil.
potong bahagian atas dan bawah light stick untuk
mendapatkan tiub.
masukan light stick yang telah dipotong tadi
kedalam pelampung gabus seperti di rajah atas.
contoh pelampung gabus yang telah di pasang
light stick padanya.
potong dan kemaskan serperti rajah di atas (3
contoh pelampung yang telah siap diubah)
cara
pemasangan..
sediakan pemberat,
swivel, pelampung dan stoper. saya gunakan putung rokor sebagai stoper.
bahan lain seperti
getah tiub juga boleh digunakan.
contoh gambar pelampung dan stoper yang siap di
pasang.. gunakan gelang getah
untuk mengikat stoper.. laraskan stoper mengikut
kehendak anda..
ini contoh pelampung hidup dan stoper yang ada
dipasaran siap sedia digunakan..
Artikel yang sangat menarik, ayo ajukan Kredit Pendidikan buat yang bingung soal biaya sekolah anak yang mahal
ReplyDelete