Sunday, 9 June 2013


 
 
 
As salam dan salam sejahtera,

     Teknik memancing adalah amat penting untuk memastikan anda mendapat hasil yang memuaskan tidak kira sama ada anda memancing di sungai atau di laut dalam.

  Dalam Blog ini akan cuba memenuhi kesemua aspek untuk anda bermula sebagai seorang kaki pancing tidak kira anda sebagai amatur atau seorang professional.

   Pelbagai cara dan teknik mampu anda gunakan untuk anda pelajari and akan dirangkumkan didalam blog ini bermula dari pemilihan kekili,joran dan peralatan lain sehinggalah teknik menyangkut umpan untuk pancingan di sungai dan laut dalam.






 
PEMILIHAN KEKILI DAN JORAN
 
   Untuk memulakan langkah sebagai seorang pemancing pemilihan barangan pancing yang hendak dibeli harus diambil kira. Ongkos jugak adalah perlu dititik beratkan berdasarkan kemampuan anda( untuk pembelian oline boleh rujuk :www.arisha.sto.my).
 
  Persoalan sekarang apakah barangan yang diperlukan untuk menjinakkan diri dalam bidang pancing memancing ni..??
 
 
KEKILI/REELS
 
  Pemilihan dan pembelian kekili berdasarkan dimanakah tempat anda ingin memulakan minat anda sama ada di kolam,sungai atau laut. dibawah adalah jenis jenis kekili yang terdapat dalam www.arisha.sto.my yang and boleh beli secara online.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
JORAN/ FISHING RODS
 
Pemilihan  joran juga amat penting berdasarkan tempat dan kesesuaian. Teknik memancing juga adalah bergantug kepada jenis joran yang digunakan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 PERALATAN LAIN
 
1. KOTAK PENYIMPANAN BARANG PANCING
 
  dapatkan stok secara pembelian online di www.arisha.sto.my
 
 
 
 
MATA KAIL
 
 
 
 
 
JENIS JENIS MATA KAIL
 
 

 
 
 

Jenis Jenis Perambut

Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan ketika waktu memancing. 

Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. 

Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.

Lokasi
Karang, Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa. Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini. Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik).
 
 
Pengunaan Ranggung sungguh efektif diaplikasikan, Lagi panjang leader lg bagus..
Teknik pancingan dasar mengunakan Ranggum. Lazimnya ikan atau sotong hidup digunakan sebagai umpan. Lihat 2 mata digunakan untuk pengunaan teknik cangkukan umpan seperti diatas.

Teknik pancingan dasar dengan pengunaan Batu mati dengan mata tunggal.
 
 
 
Penggunaan batu mati dengan mata berganda, kadangkala dilokasi seperti burma bank, sempadan vietnam, 3,4 mata digunakan sekaligus.
 
Teknik cepat menyediakan perambut batu mati, dengan ikatan drooper loop.
Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.
Biasanya klau pancingan dilaut ia  boleh dimodified sikit sambungan bahagian main leader ke subeader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel. Ini bagi memudahkan subleader mudah berpusing mengikut arah arus laut. Manik tu berfungsi lebih kurang seperti bearing membenarkan pusingan 360

 Swivel digunakan sebagai penyambung sub leader, mudah dan senang ditanggal apabila penukaran sub leader hendak dilakukan.

Selain itu subleader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah. Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.

Contoh Aplikasi perambut mati dengan sambungan subleader mengunakan swivel.

Umpan hirisan ikan digunakan

Umpan sotong digunakan.

Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air. Sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau lebih.

Contoh perambut batu mati dengan teknik pancingan "drifting"

Contoh perambut batu hidup dengan teknik pancingan "drifting"

Teknik cangkukan dan penyediaan leader untuk teknik floting.

Loop pada circle hook membenarkan umpan mengerakkan badanya dengan mudah.

Teknik mengenakan mata pada "live bait" agar bertahan lama.

 Diantara set up yang boleh digunakan untuk teknik apungan dan drifting

 
Penyediaan loop untuk membebaskan mata pancing bergerak.

Circle hook yang telah siap untuk digunakan. lazimnya teknik ini diaplikasikan untuk menangkap ikan layaran.

Perambut dan setup untuk menjerat ikan layaran.

 Dengan pengunaan Cable atau wire, teknik ini digunakan sekiranya pemancing berminat memburu ikan tengiri atau ikan yang mempunyai barisan gigi yang tajam seperti baracuda, shark dll.

Lagi satu contoh perambut bagi menjerat monster.
 
Perambut steel, batu kana dan spinner digunakan untuk menarik perhatian tengiri dengan kilauan spinner yang memutar ketika karauan dibuat. Sangat berkesan di Tuas dan Kuching Bagi pemburuan tengiri.

contoh perambut steel tanpa spinner, juga digunakan untuk menjerat tengiri.

Contoh lure Bulu itik, digunakan untuk menjerat tengiri dengan teknik Casting. karauan laju akan menyebabkan bulu itik ini berenang menyerupai BILIS.

Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 50lb - 70lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.

Kejernihan air
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.

Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.

Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.


Kaedah penyediaan perambut Udang
Matakail udang yang ada dipasaran (Gambar cetak dari KPN), gemar akan matakail jenis "e" kerana bukaan yang lebih pada hujung matakail. Selain itu, mata pancing jenis ini juga dapat di upload dengan umpan yang lebih.

Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5 digunakan untuk menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia mudah digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah dirasai di hujung pancing.
Penggunaan perambut mata hidup diatas juga telah dimodified dengan penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk mata kedalam satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu set perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding penggunaan mata tunggal sahaja

Teknik Memancing Secara Asasnya Disemua Perairan



Casting (teknik mengilat)
adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.


Popping
Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.


Jigging 
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.


Bottom fishing – (pancing dasar)
berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.
Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari..

teknik pelampung(pelampung hidup D.I.Y)

salah satu teknik memancing adalah menggunakan pelampung.. haha.. kat sini sy nak kongsi teknik dan pelampung yang iasa saya gunakan. sebelum tu kemapa guna pelampung?? bagi saya..
  1. kawasan itu kurang sesuai pancingan dasar kerana stuktur dasarnya terdapat banyak kayu ataupun batu.. hahaha.. sangkut selalu..
  2. ikan yang hendak di pancing lebih gemar makan di permukaan ataupun d pertengahan aras kedalaman air.. yang ni kena ikut jenis iakn yang hendak di pancing
  3. pengunaan umpan hipup kurang sesuai jika diguna dengan teknik pancingan dasar..
jadi aspek yang penting ialah kesesuaian faktor sekeliling dan jenis ikan yang hendak dipancing. aspek utama dalam teknik ampungan ialah kedalaman umpan.. untuk memudahkan kita mengubah kedalaman umpan dari pelampung.. saya biasanya mengunakan pelampung hidup.. ianya megunakan teori yang sama seperti batu hidup dalam teknik pancingan dasar.. dengan dua keebihan yaitu;
  1. risiko perambut kurang terbelit pada tali utama dapat dikurangkan.
  2. momentum atau daya sembatan terus pada mata kail - tidak pada pelampung. kedalaman umpan dari pelampung di pegaruhi beberapa faktor.
  3. waktu malam dan siang..
  4. kawasan berarus atau tidak.
  5. kekuatan arus.
  6. banyak mana ikan bermain kat permukaan..
faktor2 inilah yang kita ambil untuk merujuk dalam mana umpan dari pelampung..spesis ikan yang selalu bermain dipermukaan air jarang makan di dasar kecuali kawasan teluk cetik ataupun kawsan sungai yang cetik berarus perlahan. ini adalah merujuk pada spesis yang biasanya makan di pertegahan aras air ataupun meyambar di permukaan. contoh: belida, kaloi dan toman.
biasanya pada waktu siang ikan jarang bermain di permukaan seperti ikan belida dan kaloi. jarak umpan dri pelampung di tambah. b egitu juga sebaliknya pada waktu malam.
jika arus laju, sebaiknya jarak umpan dri pelampung di tambah.. ini dapat mengelakan umpan terapung di permukaan.. ianya di banti juag dengan menambat pemberat pada perambut. kebiasanannya ikan lebih suka di kawasan beraus.. tempat paling sesuai ialah di selekoh l diman terdapat kawasan air ber pusing dan tenag. lontaran pada kawasan ini dapat mengelakan pelampung terus hanyut.. kawsan nin juga lebih sesuai kerana pelampun dapat dielakkan hanyut ke tebing.
apapun faktor2 ini adalah sebagai rujukan dari pengalaman saya dan ilmu yang di kongsi oleh rakan2.

pelung hidup D.I.Y

sediakan bahan seperti di atas.. pelampung gabus boleh laras dan juga light stick.
bahan lain yang boleh diguna selain light stick batang pen,  hos getah diameter kecil.
potong bahagian atas dan bawah light stick untuk mendapatkan tiub.
 
masukan light stick yang telah dipotong tadi kedalam pelampung gabus seperti di rajah atas.
 
contoh pelampung gabus yang telah di pasang light stick padanya.


potong dan kemaskan serperti rajah di atas (3 contoh pelampung yang telah siap diubah)
cara pemasangan..
sediakan pemberat, swivel, pelampung dan stoper. saya gunakan putung rokor sebagai stoper.
bahan lain seperti getah tiub juga boleh digunakan.


contoh gambar pelampung dan stoper yang siap di pasang.. gunakan gelang getah 
untuk mengikat stoper.. laraskan stoper mengikut kehendak anda..

ini contoh pelampung hidup dan stoper yang ada dipasaran siap sedia digunakan..